Tuesday, October 9, 2012

Anda teringin nak berubah ?



Asalamualaikum dan salam sejahtera . Saya disini ingin berkongsi sedikit pengalaman saya. Sebelum tu saya nak tanya, awak semua ada rasa ingin berubah ke arah yang lebih baik x ? mesti ada kan ~ jadi beginilah kisahnya.

Dulu saya ni teruk. Jahil sejahil jahilnya . tapi Alhamdulillah sekarang saya dah jadi lebih baik daripada yang dulu. Saya ni bukan ustaz betul lagi tapi kawan2 mula panggil saya ustaz hehe jadi tak kisah la asalkan diorang tak kata "bajet Alim je ko ni". Kawan2 saya tanya " ko betul dah insaf ni ? "  Saya senyum dan mengangguk sahaja. Lama kelamaan saya dapat gelaran 'Ustaz' tp ade sikit lencong . Diorang tambah 'Blur kat belakang haha. Sebab muka saya muka blur je tu kena gelar macam tu hehe. Bila diorang ada kemusykilan atau apa2 pertanyaan, saya sedia untuk cuba menjawab. Sebenarnya saya nak jadi seorang Muslim yang Sempurna. Saya memulakan perubahan ini selepas saya balik dari kem ibadah masa bulan Ramadan. Saya pernah menangis terkenang dosa2 lama yang saya pernah lakukan. Jadi saya berubah secara perlahan-lahan.

Ok berbalik kepada tajuk entri ini. Bila awak rasa ingin berubah, awak perlu rancang dahulu. Macam saya, saya menukar imej saya kepada imej lelaki Islam macam gambar di atas sebagai langkah pertama hehe. Selepas itu saya mula mempraktikkan penutupan aurat. Saya x bole bagitau keseluruhannya ..malu  hehe.

pertanyaan dari kawan saya : " macam mana  kita nak berubah? susah beno"

hahh ~Kadang2 kita ada niat untuk berubah tapi tak terbuat pon niat tu. Nak bagi benda tu tak berlaku, kita cuba kurangkan layanan kepada Nafsu Lawwamah kita. Boleh layan tapi kena pandai la .Bila kita ada niat untuk sesuatu yang baik, itu dah kira bagus cuma tinggal nak lakukan je. Macam2 cara kita boleh mulakan sebagai langkah untuk berubah contohnya pergi surau setiap waktu solat, mendekatkan diri dengan orang2 beriman seperti para ulama dan para pendakwah. InsyaAllah mungkin dari situ kita dapat terima hidayah Allah untuk berubah.

" macam mana kalau kita dah berubah, tapi masih ada benda teruk yg kita buat ?"

Saya pon macam tu juga. Kadang2 ada juga benda teruk yang saya pernah lakukan. Bila kita dah berubah, nak lawan perkara2 teruk tu ada yang senang ada yang susah. Kalau kita teruk macam kacau orang, selalu buat bising tu tidak mengapa sebab dari mata saje. Kalau dari hati, yang teruk tu adalah perkara2 teruk silam kita yang pernah kita lakukan. Kalau kita tak buang perkara teruk yang dulu2 tu, akan berkemungkinan kita akan teruk balik macam dulu. Jadi kalau dah berubah sikit2 tapi ada buat benda teruk tidak mengapa
sebab baru dalam peringkat berubah asa pertama hehe.

Kalau ada2 apa2 yang melukakan hati maafkan saya ye ~ Asalamualaikum

Sunday, October 7, 2012

Putus atau Teruskan ?



Asalamualaikum ~ ini entri kedua saya. mesti pelik kan .. banyak2 gambar tapi gambar negro yang saya letak haha. Apa2 pun entri kali ini agak menarik rasanya hehe. Semua orang pernah jatuh hati dan semua orang pernah bercinta ataupun 'Couple'

Putus atau Teruskan ?  itu sahaja pertanyaan yang cukup memeningkan.

Saya juga pernah bercouple dan dalam hati, saya terfikir "betul ke tindakan aku ni?"  dan kalau kita teringin minta putus percayalah .. agak sukar untuk lepaskan orang yang kita sayang tapi kita terpaksa.

"Biar hati mati menolak cinta insani,biar badan lesu ditohmah kata keji , jangan kau menangis wahai mata hati , menangislah andai cintamu ditolak Ilahi "

Semasa saya putus, bukan saya yang minta tapi orang yang saya sayang minta putus. Agak menariknya pada malam itu saya terfikir ingin putuskan hubungan tersebut tetapi secara tiba2 saya mendapat mesej daripada dia yang berkata " kita serahkan cinta kita pada Allah. lepaskanlah saya" .  Saya terima permintaan dia kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Saya x bersedih pon bila putus sebab saya jenis yang x berperasaan (poyo).

Ok ! berbalik pada entri kita. Bagi saya Putus cinta lebih baik kerana kita dapat jaga pergaulan kita. Kalau teruskan pon lama2 bosan jugak. ye dak ? Kita inginkan cinta daripada Allah tapi kita buat sesuatu yang Allah x suka mcam Couple.

" kitorang kapel tapi kitorang x pegang2 "

Adab pergaulan antara lelaki dan perempuan ada banyak. Bukan takat x pegang je. Cara percakapan pon kena jaga jugak. Adakah sesuatu yang baik kalau kita jumpa perempuan sebab nak cakap " I love you" ? Kalau dah kawen tu x salah. Kalau duduk rapat2 pon sama je walaupun x sentuh apa2 . Semua yang dalam Couple tu menjurumus kepada zina. Memang betul saya pon pernah kapel tapi saya putus sebab saya takut Allah. Saya takut jika saya terjerumus kepada Zina, adakah Allah mengampuni saya ?

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah Ali Imran 3: 31]

Apa bukti kita cintakan Allah ? Mengelakkan diri daripada melakukan larangan-Nya. jangan kau katakan Solat 5 waktu itu sudah cukup . Amal soleh yang lain pun kita kena lakukan juga kalau kita benar2 cintakan Allah.

^_^  jangan stress baca entri saya. Saya x berniat pon x putuskan hubungan kamu dengan pasangan kamu.
Yang single, teruskan . Jaga adab pergaulan kamu ye ~ Asalamualaikum

Saturday, October 6, 2012

Penghalang



Asalamualaikum. Ini post pertama dari saya hehe. Berdasarkan adegan diatas, kawan budak ni kaki botol. Terlalu banyak dosa di dunia yang telah dilakukan oleh kawan die. Si kaki botol ni konon nak bagi kawan dia tak solat.

Ada manusia yang jadi penghalang kepada manusia lain untuk mengabdikan diri kepada Allah. Orang yang dah jadi baik, dicemuh dan diperli. Yang jelas buat dosa dan maksiat dibiarkan, atas alasan masing-masing punya diri masing-masing tanggunglah..

Perkara sebegini selalu berlaku kepada Hamba2 Allah yg ingin berhirah dan yg sudah berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik daripada yang terdahulu. Saya juga pernah mengalami situasi ni tapi Alhamdulillah semua faham keadaan saya.

Kalau nak diikutkan, ramai yang terlalu cintakan dunia sampai terlupa cintanya pada Allah S.WT. Alangkah ruginya kalau hidup di dunia tapi tak mengerjakan amal ibadat. Saya yang pernah terlepas solat subuh pon rasa tak tenang dan takut dengan balasan yang diberikan kelak oleh Allah. (mse jahil dulu la)

Nafsu juga adalah penghalang kita untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.  Nafsu amarah yang suka kepada kejahatan, Nafsu Lawamah yang sekejap jadi baik dan sekejap jadi jahat. Manakala Nafsu Mutmainnah  adalah nafsu yang tenang dan suka kepada kebaikan. Pujuklah nafsu kita agar nafsu kita menjadi Nafsu Mutmainnah.

Iblis juga ada dalam artikel ini. Iblis adalah penghalang utama daripada menjadi Hamba Allah, yang taat. Apanila kita alpa(lupa) mengawal nafsu kerana urusan mengejar kepentingan dunia, mudahdigoda dan dipujuk oleh Iblis untuk berhasad dengki sesama manusia.

"Don't be a big stone blocking a people path, Be a path for giving ways to people" ( btol ke aku taip? haha)

Harap para pembaca dapat manfaat hehe Asalamualaikum.