Tuesday, October 9, 2012

Anda teringin nak berubah ?



Asalamualaikum dan salam sejahtera . Saya disini ingin berkongsi sedikit pengalaman saya. Sebelum tu saya nak tanya, awak semua ada rasa ingin berubah ke arah yang lebih baik x ? mesti ada kan ~ jadi beginilah kisahnya.

Dulu saya ni teruk. Jahil sejahil jahilnya . tapi Alhamdulillah sekarang saya dah jadi lebih baik daripada yang dulu. Saya ni bukan ustaz betul lagi tapi kawan2 mula panggil saya ustaz hehe jadi tak kisah la asalkan diorang tak kata "bajet Alim je ko ni". Kawan2 saya tanya " ko betul dah insaf ni ? "  Saya senyum dan mengangguk sahaja. Lama kelamaan saya dapat gelaran 'Ustaz' tp ade sikit lencong . Diorang tambah 'Blur kat belakang haha. Sebab muka saya muka blur je tu kena gelar macam tu hehe. Bila diorang ada kemusykilan atau apa2 pertanyaan, saya sedia untuk cuba menjawab. Sebenarnya saya nak jadi seorang Muslim yang Sempurna. Saya memulakan perubahan ini selepas saya balik dari kem ibadah masa bulan Ramadan. Saya pernah menangis terkenang dosa2 lama yang saya pernah lakukan. Jadi saya berubah secara perlahan-lahan.

Ok berbalik kepada tajuk entri ini. Bila awak rasa ingin berubah, awak perlu rancang dahulu. Macam saya, saya menukar imej saya kepada imej lelaki Islam macam gambar di atas sebagai langkah pertama hehe. Selepas itu saya mula mempraktikkan penutupan aurat. Saya x bole bagitau keseluruhannya ..malu  hehe.

pertanyaan dari kawan saya : " macam mana  kita nak berubah? susah beno"

hahh ~Kadang2 kita ada niat untuk berubah tapi tak terbuat pon niat tu. Nak bagi benda tu tak berlaku, kita cuba kurangkan layanan kepada Nafsu Lawwamah kita. Boleh layan tapi kena pandai la .Bila kita ada niat untuk sesuatu yang baik, itu dah kira bagus cuma tinggal nak lakukan je. Macam2 cara kita boleh mulakan sebagai langkah untuk berubah contohnya pergi surau setiap waktu solat, mendekatkan diri dengan orang2 beriman seperti para ulama dan para pendakwah. InsyaAllah mungkin dari situ kita dapat terima hidayah Allah untuk berubah.

" macam mana kalau kita dah berubah, tapi masih ada benda teruk yg kita buat ?"

Saya pon macam tu juga. Kadang2 ada juga benda teruk yang saya pernah lakukan. Bila kita dah berubah, nak lawan perkara2 teruk tu ada yang senang ada yang susah. Kalau kita teruk macam kacau orang, selalu buat bising tu tidak mengapa sebab dari mata saje. Kalau dari hati, yang teruk tu adalah perkara2 teruk silam kita yang pernah kita lakukan. Kalau kita tak buang perkara teruk yang dulu2 tu, akan berkemungkinan kita akan teruk balik macam dulu. Jadi kalau dah berubah sikit2 tapi ada buat benda teruk tidak mengapa
sebab baru dalam peringkat berubah asa pertama hehe.

Kalau ada2 apa2 yang melukakan hati maafkan saya ye ~ Asalamualaikum

1 comment: