Saturday, October 6, 2012

Penghalang



Asalamualaikum. Ini post pertama dari saya hehe. Berdasarkan adegan diatas, kawan budak ni kaki botol. Terlalu banyak dosa di dunia yang telah dilakukan oleh kawan die. Si kaki botol ni konon nak bagi kawan dia tak solat.

Ada manusia yang jadi penghalang kepada manusia lain untuk mengabdikan diri kepada Allah. Orang yang dah jadi baik, dicemuh dan diperli. Yang jelas buat dosa dan maksiat dibiarkan, atas alasan masing-masing punya diri masing-masing tanggunglah..

Perkara sebegini selalu berlaku kepada Hamba2 Allah yg ingin berhirah dan yg sudah berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik daripada yang terdahulu. Saya juga pernah mengalami situasi ni tapi Alhamdulillah semua faham keadaan saya.

Kalau nak diikutkan, ramai yang terlalu cintakan dunia sampai terlupa cintanya pada Allah S.WT. Alangkah ruginya kalau hidup di dunia tapi tak mengerjakan amal ibadat. Saya yang pernah terlepas solat subuh pon rasa tak tenang dan takut dengan balasan yang diberikan kelak oleh Allah. (mse jahil dulu la)

Nafsu juga adalah penghalang kita untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.  Nafsu amarah yang suka kepada kejahatan, Nafsu Lawamah yang sekejap jadi baik dan sekejap jadi jahat. Manakala Nafsu Mutmainnah  adalah nafsu yang tenang dan suka kepada kebaikan. Pujuklah nafsu kita agar nafsu kita menjadi Nafsu Mutmainnah.

Iblis juga ada dalam artikel ini. Iblis adalah penghalang utama daripada menjadi Hamba Allah, yang taat. Apanila kita alpa(lupa) mengawal nafsu kerana urusan mengejar kepentingan dunia, mudahdigoda dan dipujuk oleh Iblis untuk berhasad dengki sesama manusia.

"Don't be a big stone blocking a people path, Be a path for giving ways to people" ( btol ke aku taip? haha)

Harap para pembaca dapat manfaat hehe Asalamualaikum.

No comments:

Post a Comment